Sejak 15 tahun tinggalkan alam motoring photo/journalist ni terasa juga sudah lost touch. Rindu tu memanglah terkenang-kenang ketika di zaman lumba motosikal membawa ke lumba kereta kemudian pergi ke rally dan bersambung lagi dengan ekspedisi 4WD dan Touring superbike.
Tambah pula bila terlibat sebagai photo/journalist dengan majalah kereta motor. Coverage event seperti di litar lumba, rally, 4WD, Treasure Hunt dan yang paling seronok ketika launching kereta baru. Maklumlah kami berpeluang test-drive kereta-kereta keluaran terbaru.
Tetapi apa yang penting ialah bertukar fikiran dengan kawan-kawan wartawan pemotoran daripada lain-lain media. Minda kita sentiasa up-to-date dengan latest technology dan specifications kereta-kereta dan motosikal keluaran terbaru.
Sekarang bila dah lama tinggal alam itu, otak pun dah mula berkarat dah. Tetapi dengan pengalaman yang ada itu bolehlah pelan-pelan di polish balik.
Pelan-pelan posting-posting yang akan datang nanti kita akan up-to-date balik. It's a matter of time to get polish-up.