Kalau kita bercakap tentang traffic jam, sekarang ni di mana-mana pun jalan dah sesak dan jam giler. Bukan setakat di Kuala Lumpur saja jalan jam, ke Utara, ke Selatan, ke Pantai Timur dah turut jalan jam. Lebih-lebih lagi ketika menyambut perayaan atau cuti hari minggu yang panjang.
Ada juga kawan bercakap buat apa yang kita susah-susah nak highlight pasal jalan jam ni? Itu bukan urusan kita...itu urusan pihak kerajaan untuk menanganinya. Biarkan pada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan selesaikan masalah itu.
Betul juga cakap kawan tu! Tapi ada tak betul juga cakap dia tu!! Sebab maasalah jam ni bukan baru sekarang bermula. Ia dah lama. Seingat aku jalan jam di Kuala Lumpur sudah bermula seawal tahun 70an sejak pemerintahan Perdana Menteri Tun Razak, membawa ke Hussein Onn, Tun Mahathir dan sehingga di zaman Abdullah Badawi sekarang ni.
Bagi diri aku, apa-apa pun teraju utamanya ialah Perdana Menteri. Dialah yang sepatutnya meneraju mesyuarat dengan mana-mana kementerian yang berkenaan dalam menyelesaikan perkara ini.
Kenderaan semakin bertambah di jalan raya. Pengeluaran kereta Nasional daripada Proton pergi pula ke Perodua. Alasan moga semua rakyat dapat memiliki kereta sendiri.
Tapi selepas itu bersambung pula dengan kereta Korea daripada Naza dan terbaru ada pula kereta daripada China yang dah mula dipasang di sini.
Itu tak termasuk lagi kereta-kereta re-cond yang dibawa masuk dari Jepun dan Europe. Kesudahannya negara kita jadi tempat lambakkan kereta.
Tak cukup dilambak dengan kereta-kereta begitu, kemudian ada pula permit boleh bawa masuk kereta potong dari Jepun dan Europe. Kesudahannya apa nak jadi dengan negara kita? Storage yard atau rubbish dump?
Maka kesesakkan jalan raya akan berterusan. Bertambah pula dengan sebuah rumah memiliki empat hingga lima atau enam buah kereta. Paling koman pun satu rumah dua kereta.
Dua puluh lima tahun dulu saya pernah bersuara pada seorang kawan, jalan raya kita kalau tak dipantau betul-betul, buatlah seberapa banyak jalan baru pun, ia akan tetap jam.
Jadi apa yang saya luahkan 25 tahun dulu benar-benar jadi realiti! Buatlah berapa banyak highway...byway atau flyway sekalipun...ia akan tetap jammmm!!!!